Followers

Monday, October 21, 2013

C cOmEl

(pinjam gamba kjap ye dik)

barang-barang c comel ni memang boleh wat gile kalau tengok,comel gile....kalau g kedai macam semua nak ambik semua kecik-kecik comel..hehe
encik suami saya memang gile beli barang baby kalau beli perh memang tak ingat dunia..
tibe-tibe terpikir sambil membeli sambil menjual..kan best..bila barang yang kita jual tu ade orang beli, perh kepuasan dia tahap maximum...

HAPPY TERSANGAT-SANGAT, RASA MACAM DI AWANG-AWANGAN..(dlm mimpi je la):p


tapi serius barang-barang baby tersangat la comel sangat-sangat K..hehe so beli-beli-beli-beli separuh tok baby separuh jual...

MEH-MEH JENGAH KAT PAGE anakgajah 

boleh main click buy..click buy..

CODE 02
New without tag COADLS TOGS
12 month
Price : RM 25 (blouse) each

RM 20 ( SKRIT)
All Prices Are Negotiable.

COD : Klang/Shah Alam/Ampang Park/Utm Semarak/Taman Melawati


CODE 015
New without tag circo (cotton)
6 month
Price : RM 25 each
All Prices Are Negotiable.


CODE 09
New without tag carter's
6 month
Price : RM 40 each
All Prices Are Negotiable.



Thursday, October 17, 2013

DaH tErLaMbAt TaPi Nak UpDaTe JuGaK....

Salam semua lame benor tak update blog ni kan...nak terberanak baru nak update kan...hehe tiba-tiba teringin nak update pasal kahwin 02/02/2013..tahun lepas tunang 12/02/2012, kahwin pun date lebih kurang tu jugak sebab date tu je dewan free..dewan pun kena book awal-awal sekarang ni kalau tak full...sekarang tak kire cuti sekolah ke tak cuti ke..kenduri sana sini.... Dah-dah dari ak banyak merapu benda lain baik korang cuci mate je tegok gambarkan lagi baguskan..:)


yang ni hasil dari uniquestyle muslimah










baju,veil sma 1 set yang cantik ni tempah syafiq nasir





f1 jmpe budak comel ni..:)





thks kak dr jauh pun datang..sory ur wedding sy tak dpt g tgh pantang..


k outdoor 1 je la dulu nnt kt jmpe di entery yang lain ye :P...hehe korang cuci mate dulu gan gamba yang ade dulu eh..eh jap jap jap makeup sy dr suhara mohdkhalid.

k bye c u next entery.. :)



Monday, August 19, 2013

Michael Heart — We Will Not Go Down

Lagu best from Michael Heart :)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
[ Lyrics from: http://www.lyricsty.com/michael-heart-we-will-not-go-down-lyrics.html ]
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Sunday, August 4, 2013

Number One For Me

Lagu favorite lagi-lagi bila menjelang hari raya. Sesiapa yang still ada parents hargailah sementara masih ada sebelum terlambat. Remember you could not turn back time or rewind or make it undone. So please make them happy all the time InsyaAllah.



"Number One For Me"


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

[Chorus:]
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

[Chorus]

You know you are the number one for me [x3]
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

[Chorus]

You know you are the number one for me [x3]

Oh, oh, number one for me 
 
 

Friday, August 2, 2013

Pemeriksaan Tulang

Rabu lepas after finish physiotherapy singgah bayar zakat fitrah. Setelah sembang panjang dengan brother zakat singgah booth sebelah counter zakat, booth Anlene. Kakak yang jaga booth Anlene pun offer free checkup untuk tulang. Letak kaki di atas mesin GE lepas itu keluar resulted 1.9 kaki sebelah kanan, kaki yang ada fracture. 1.9 dalam category medium risk. Selama ini minum air Anlene tapi rupa-rupanya cara bancuh salah mungkin penyebab calcium tidak diserap. Cara bancuhan yang betul ialah dengan mencampurkan susu dengan air suam atau air sejuk. Sekiranya sebarang susu tepung dicampurkan dengan air panas calcium dari susu itu akan hilang. Pelajari benda baru hehe. Sehari sebaik-baiknya 2gelas susu pada waktu pagi dan malam. Cuma 1000mg susu akan diserap oleh badan dan selebihnya akan keluar bersama air kencing.

GE Lunar Achilles Insight Bone Ultrasonometer
Resulted saya 1.9

Thursday, August 1, 2013

Thanks PruBSN

Yesterday dapat call from courier service ada barang diorang nak hantar. Fikir-fikir balik tak ada pula order apa-apa barang online. Bila tanya diorang it's from Prudential, fikir-fikir balik teringat ada buat submission untuk our baby dalam perut tapi pelik juga biasa polisi akan dihantar ke office. So bila fikir-fikir balik baru teringat ada masuk contest dekat fan page PruBSN. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadan menang brooch and studs boleh pakai untuk baju melayu hehehe. Tak teringat nak pakai account wife untuk masuk mana tau rezekikan. Sorry sayang :P


Untuk 1st 200 customers PruBSN
Nama no.7 hehe
Thanks PruBSN Takaful!

Monday, July 29, 2013

29 July 2013

Hari ini hari apa..? Hari ini hari lahir seseorang yang teristimewa buat hidup saya. Siapa? tidak lain dan tidak bukan ibu saya Foziah Ismail. Happy Birthday Mom walaupun mak sudah tiada.. If mak masih hidup umur dia sudah 56 years old.

Sebenarnya anak mak ini nak mak tengok dia berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah. Nak mak tengok anak mak ini convo degree, anak mak ini kahwin, anak mak punya isteri dan bakal cucu mak. Sedih bila kadang-kadang fikirkannya tapi apa kan daya Allah lagi menyayangi mak.

Tipulah kalau anak mak tidak menangis takala teringatkan mak, rindu hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Mak, InsyaAllah... kita akan bertemu lagi suatu hari nanti... Al-Fatihah...

Yang benar,
Anak mu yang nakal suatu ketika dahulu...

Hari Ibu 2010

Sunday, July 28, 2013

The Star Bid & Win

The Star Bid & Win sudah kembali lagi mari potong, kumpul banyak-banyak and bid. Hopefully kami menang something walaupun terasa macam amat susah. Kumpul star point dari 17 June lagi until today, my wife yang tercinta tolang kumpul banyak sangat-sangat point. OKU memang tak mampu nak tolong, kumpul sikit-sikit boleh lah yang lain semua wife kumpul and tak lupa kawan-kawan wife hehe.

Our Star Point
Banyak tak?


Website The Star Bid & Win



Kami bid 3A, 3B, 3C, 3D 3E and 3F

InsyaAllah ada rezeki bulan Ramadan and rezeki baby boleh menang ;) doakan kami!


Tuesday, July 23, 2013

Berbuka puasa berdua

Last sunday kami berbuka puasa berdua di rumah, Kampung Bukit Kapar, Klang. Biasa most of the time with our family. Every weekend selalu our time mesti full macam-macam aktiviti since both of us still study part time and after this ada baby sure our time lagi full.

Balik class terus singgah Restoran Afnan Seafood terletak di Kg. Batu Belah, Klang. On of my favorite kedai makan, antara yang menarik tomyam and sambal belacan. Beli tomyam daging for 2, sayur kailan ikan masin and sambal belacan. Sedap sambal belacan dia hehe.. Around pukul 5pm sudah ramai orang booking table and biasa bulan puasa full house kena book awal if not makan lepas berbuka la.

My wife masak menu lain-lain. rajin wife saya! Thanks sayang! Selamat berbuka puasa!

Tomyam daging, sayur kailan ikan masin, ayam goreng, telur dadar, ayam masak sweet sour, sambal belacan, mutabak ayam and air tembikai

Sunday, July 21, 2013

KeNaPa AdA SaYaNg..


kenapa ade sayang dalam diri kita ???? kenapa kita tak boleh hidup tanpa dia?? kenapa kita sanggup buat ape saja untuk dia??? kenapa kita tak boleh nak kata kan tak nak pada dia??? kenapa semua tu ada ???


ali bagi lagu ni..cuba korang pahamkan ayat lagu ni sedih...TOUCHING...sjak mengandung ni cepat sangat touching pantang salah cakap sikit mate dah berair..huhu (sory sayang kadang_kadang tak boleh nak control) 

terima kasih sebab temukan aku dengan dia...bersyukur sangat...walau pun hajat di hati nak nikah gan WILLIAM ..hehe 

JOM KITA LAYAN LAGU NI

Thursday, July 11, 2013

Ramadan dan Bazar

Semalam sempat singgah bazar ramadan di Taman Melawati bersama wife tercinta. Sungguh panas around 4 pm tak silap. Bertongkat dan di perhatikan seperti biasa. Bertongkat mesti lah orang nak tengok lagi-lagi dengan girl friend yang cantik.. hehehe.

Wife sempat menyambar Roti John inti dalam dia banyak berbaloi and matlamat dia untuk mencari tahu bakar tercapai. Terpaksa tunggu dalam kereta jaga kereta konon-konon.

Selamat berpuasa dan beramal!

Bazar Ramadan Taman Melawati


Wife and Roti John




Wife and Tahu Bakar


Wednesday, July 10, 2013

1st Ramadan

1st ramadan di rumah mertua agak kekok tapi sama seperti bersahur di rumah sendiri satu ketika dahulu. Sekarang maybe abit different since semua orang dah keluar dari rumah berkeluarga and study. So orang di rumah sendiri sudah berkurangan. Bangun around 4.50am wife tersayang kejut. Semua sudah tersedia dia atas meja. Air kegemaran milo ada turut disediakan, thanks sayang.

Ramadan juga mengingatkan ku kepada arwah ibu ku. Kebiasaaan dia lah yang akan mengejut dan menyediakan makanan di atas meja. Sudah hampir 3tahun tapi perasaan itu seperti baru sahaja dia meninggalkan kami.

Sedih juga tahun ini mungkin atau tidak mungkin ku mampu meng-ziarahi pusara ibu ku dengan berkaki tiga. Namun ku tetap menanamkan keinginan untuk ziarahinya. InsyaAllah bukit yang tinggi akan cuba ku daki. Sudah sekian lama sejak kemalangan yang lepas ku tidak dapat menziarahi.

Semoga doa dan amalan ku di bulan Ramadan ini dapat sampai, insyaAllah. Kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Di harapkan agar Ramadan kali ini lebih bermakna. Amin.

Al-Fatihah buat arwaf ibu tercinta, Foziah Ismail

Thursday, June 27, 2013

Esok exam!

A bit busy lately, esok exam Takaful Basic Examination (TBE). Study pun macam tu je. Baca contoh soalan and jawapan. Nak baca all the notes memang lah tak sempat, study last minit hehehe. Sapa berminat nak ambil paper ini bayaran tak silap saya around RM80. Syarat dia kena ada spm kalau tak silap. Wife pun exam juga esok pagi. Doakan kami berjaya! InsyaAllah Amin..

Contoh soalan berserta jawapan



Tuesday, June 25, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 3

Bersambung from previous post. So pakar yang merawat kita orang ialah Dr. Khaizatul Ezam Bin Abu Bakar pakar Orthopeadics. Tengok x-ray semua ok kecuali peha kanan patah dua dan isteri pula ibu jari kaki kanan retak yang lain cuma calar and bengkak.

After that kena transfer from emergency room ke ward alhamdulillah kita orang dapat share satu bilik sepatutnya tak dapat since saya insist juga akhirnya dapat. Lagi pun laki bini apa salahnya.

Dalam pukul 2 petang saya di bawa operation theater untuk masuk plate and 8 screws omg iron leg sudah. Agak takut juga since akan dibius since banyak rumors orang cakap sakit cucuk bius tulang belakang. Nurse lelaki di operation hall dia cakap don't worry since adik dia pernah dibius oleh seorang pakar yang akan bius saya iaitu Dr. Wan Afaf Zainal Abidin. Dia cakap adik dia tak sakit sangat pun sikit sahaja.

So lepas sign document before masuk operation theater mula berdebar. Dr. Wan Afaf bagi 2 option sama ada bius tulang belakang or pakai gas dekat hidung tapi effect bius tulang belakang lagi lama. Saya pilih bius tulang belakang alhamdulillah kurang rasa sakit, memang terbaik Dr. Wan Afaf memang betul-betul pakar bius or Anesthesiology.

Dalam pukul 4 lebih selesai pembedahan. Balik ke bilik dan melawan kesakitan sepanjang malam. Nurse offer cucuk punggung tapi saya tolak. Segan maybe.


Dr. Khaizatul Ezam Bin Abu Bakar
Dr. Wan Afaf Zainal Abidin
Ok bersambung next post..

Monday, June 24, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 2

Ok sambungan dari Part 1 yang lepas, sebenarnya hospital government ok cuma ramai sangat patient menyebabkan diorang tak terlayang orang yang sakit, itu sebab la saya pilih untuk ke hospital swasta.

Saya ingat lagi kejadian 31 dec 2008 accident motor juga, saya pengsan apabila jatuh dari motorsikal. Kejadian berlaku ketika kereta kancil yang cuba mengelak lubang lalu menghimpit saya dan terlanggar sedikit. Orang yang langgar hantar ke klinik kesihatan meru. Di sana saya dirawat sementara, orang yang berada di klinik tu tak sure nurse ke or orang yg visit klinik tu sibuk-sibuk je cakap " oh ni mat rempit la ni " da la sakit. Ya Allah.. sabar je lah. Lepas tu masuk ambulance ingat terus jalan rupa-rupanya tunggu penuh. Adalah dekat 5-8orang dalam ambulance. Dengar darah saya menitik-nitik di dalam ambulance. Accident pukul 7 sampai hospital dekat pukul 10, punya la lama.. sabar je la. Doktor cuma x-ray and nurse yang jahit dagu saya. Call Mr. R tanya dia boleh tukar hospital tak..

Dia cakap boleh. Discuss dengan  doktor disitu diorang bagi so semua benda di cabut and my dad bawa pergi report polis and pergi ke SMC or sekarang nama dia KPJ Selangor Specialist Hospital. Layanan? memang 1st class. Doktor yang pernah merawat saya sebelum ni sekali lagi merawat saya, Dr Lim Yaw Zhong. Setelah memberitahu dia yang saya pengsan sewaktu kemalangan dia pun terus CT scan di kepala saya. Alhamdulillah tiada sebarang pendarahan dalaman, risau juga sebab kepala terhantuk dekat jalan dan helmet pun pecah.

Berbalik ke Part 1, between after accident tu my dad dah call ambulance tapi mama hantar kami so cancel lah ambulance. Jalan agak jam nak sampai Shah Alam agak lambat dlm 8 lebih. Dinasihatkan kalau berlaku kecemasan contact or bawa lah orang yang confident biasanya lelaki. If not sesat lah nak angkat masuk kereta pun tak berani nak drive pun takut-takut. Sorry ya mama hahaha perli-perli. Anyway thanks tolong hantar.

Sampai di DEMC agak slow dari segi emergency treatment compare SMC or KPJ Selangor Specialist Hospital maybe dari segi nak admission tu process dia makan masa. Memang diorang akan check dulu medical card and dapatkan guarantee letter baru boleh masuk ward. Saya free pakai insurance company my wife kena bayar deposit RM300 boleh claim balik kemudian. Dia punya card only cover 90% bills sahaja. 

Bersambung di Part 3..

Kriss legend saya TX----

Proton Wira yang melanggar kami.




Monday, June 17, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 1

Baru balik ambil and hantar isteri dari tempat kerja and class. Very-very tired but sayang isteri punya pasal sangguh also since isteri pun sudah mengandung 4bulan hahaha.. Still teringat kejadian accident yang terjadi kepada kami last mac maybe sudah suratan takdir..

Bermula awal 6.50pagi dari rumah kami bertolak menaiki motosikal kerana kereta wife bateri kong.. Baru lebih kurang 1km dari rumah kereta wira dari arah bertentangan main masuk je dan terlanggar kami.. Tercampak kami berdua..


b4 operation
on the way to the operation theater
Kereta yang melanggar kami remuk bahagian depan and motor saya juga sakit teruk hahaha..saya menjerit meminta pertolongan dari akak-akak di situ untuk memberi bantuan kepada isteri saya..sayang isteri baru kawen 4bulan..orang ramai cuba meminta saya bergerak ke arah tepi jalan since saya block jalan.. tapi tengok kaki kanan saya tidak lagi mampu bergerak..sah patah..

Call agent insurance saya En. R. memaklumkan saya mahu admit di DEMC Shah Alam.. call mama nasib la ada bawa hp nokia...kalo tidak tak tahu la..kadang-kadang hp murah-murah ni yang bagus.. saat kecemasan bateri smart phone abis boleh pakai nokia..

Tunggu punya tunggu mama sesat akhirnya ketemu kami. Orang ramai mahu hantar ke pusat kesihatan Meru tapi since saya ada bad history dekat sana and hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang so sanggup bersabar untuk ke DEMC. Isteri tak kisah hospital mana-mana. Kebetulan selepas kami berkahwin saya terus sahaja dapatkan medical card Pru BSN dari Mr. R.

Alhamdulillah saat macam ini memang medical card berguna. Dia staff government memang masuk hospital government lah kalau tidak..

Bersambung di part seterusnya...

Sunday, June 16, 2013

1st entry!

Actually pernah ada blog tapi dah lama stop posting and ada yang dah close. Between ni blog my wife so dia insist to con't blogging dekat blog dia pula.. hehe. Lagi pun cuti panjang sampai lepas raya. Final exam pun sudah habis and tunggu result je. Gambar honeymoon 4hari 3malam di Sabah, the story maybe in next² entry. Hehe..

Mt. Kinabalu
Desa cattle farm Kundasang
Poring Treetop Canopy Walkway

Friday, February 22, 2013

ReLaTiOnShip


dugaan..setiap perhubungan memang ade dugaannya sama ada sebelum kahwin or selepas kahwin...duagaan palingg mencabar sekali time pertunangan time tu ade je orang datang konon-konon jadi penyelamat..bile dah kahwin dugaan dia lain pulak...SIFAT SABAR amat penting dalam sesuatu perhubungan..KOMUNIKASI pun sama penting..BERTOLAK ANSUR, JANGAN CEPAT MELATAH (pompan biasa la :p) tapi serius semua ni penting sangat..kadang-kadang kita rasa benda ni remeh jekan..pe susah cari orang lain je la (tu yang kita fikir)..tapi bile dah sayang lain jadinya bak kata perpatah "LAUTAN API PUN SANGGUP KU REDAHI"..hehe bile dah kahwin lain pulak jadinya..ye la ari2 dah jumpa kan nak gaduh lama-lama pun bosan..nak tak nak kena cakap jugak la..ye la mane taknya pusing kiri muka dia..pusing kanan muka dia..tak kan nak pandang syiling je kan..so nak tak nak kena la beralah...kalau rasa marah sangat ambik la WUDUK..insyallah akan reda marah tu.. kalau tak boleh jugak wat la pape SOLAT SUNAT...kalau tak boleh jugak BACA LA AL-QURAN..pahala dapat, kurang kan dosa dengan suami pun dapat...2 in 1 sekali  ... aku ni pun bukannya baik sangat tapi mari la kita sama-sama amalkan benda ni..syaitan suka tengok kita berpecah belah..so sama-sama la kita amalkan ye..RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL..





Wednesday, February 20, 2013

JaLaN-JaLan part 1

ok ok tiba-tiba ari ni teringat pulak 1 honeymoon kita orang..hehe eleh dekat je kat shah alam je..dekat Holiday Inn Glenmarie Shah Alam...dekat je kan..nak wat macam mane ALI nak jugak honeymoon layan kan je lo..biasa la mula-mula baru kahwin..haha tapi tak de bnde pun sebab ak keje kalaz lagi..jumpa pun jarang...


cantik kan view dia...

dua ari duduk shah alam lepas tu terus g melaka 3 ari..yang melaka tu tunggu entry lain ye..

ok  C U SOON..