Followers

Wednesday, July 10, 2013

1st Ramadan

1st ramadan di rumah mertua agak kekok tapi sama seperti bersahur di rumah sendiri satu ketika dahulu. Sekarang maybe abit different since semua orang dah keluar dari rumah berkeluarga and study. So orang di rumah sendiri sudah berkurangan. Bangun around 4.50am wife tersayang kejut. Semua sudah tersedia dia atas meja. Air kegemaran milo ada turut disediakan, thanks sayang.

Ramadan juga mengingatkan ku kepada arwah ibu ku. Kebiasaaan dia lah yang akan mengejut dan menyediakan makanan di atas meja. Sudah hampir 3tahun tapi perasaan itu seperti baru sahaja dia meninggalkan kami.

Sedih juga tahun ini mungkin atau tidak mungkin ku mampu meng-ziarahi pusara ibu ku dengan berkaki tiga. Namun ku tetap menanamkan keinginan untuk ziarahinya. InsyaAllah bukit yang tinggi akan cuba ku daki. Sudah sekian lama sejak kemalangan yang lepas ku tidak dapat menziarahi.

Semoga doa dan amalan ku di bulan Ramadan ini dapat sampai, insyaAllah. Kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Di harapkan agar Ramadan kali ini lebih bermakna. Amin.

Al-Fatihah buat arwaf ibu tercinta, Foziah Ismail

No comments:

Post a Comment