Followers

Thursday, June 27, 2013

Esok exam!

A bit busy lately, esok exam Takaful Basic Examination (TBE). Study pun macam tu je. Baca contoh soalan and jawapan. Nak baca all the notes memang lah tak sempat, study last minit hehehe. Sapa berminat nak ambil paper ini bayaran tak silap saya around RM80. Syarat dia kena ada spm kalau tak silap. Wife pun exam juga esok pagi. Doakan kami berjaya! InsyaAllah Amin..

Contoh soalan berserta jawapan



Tuesday, June 25, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 3

Bersambung from previous post. So pakar yang merawat kita orang ialah Dr. Khaizatul Ezam Bin Abu Bakar pakar Orthopeadics. Tengok x-ray semua ok kecuali peha kanan patah dua dan isteri pula ibu jari kaki kanan retak yang lain cuma calar and bengkak.

After that kena transfer from emergency room ke ward alhamdulillah kita orang dapat share satu bilik sepatutnya tak dapat since saya insist juga akhirnya dapat. Lagi pun laki bini apa salahnya.

Dalam pukul 2 petang saya di bawa operation theater untuk masuk plate and 8 screws omg iron leg sudah. Agak takut juga since akan dibius since banyak rumors orang cakap sakit cucuk bius tulang belakang. Nurse lelaki di operation hall dia cakap don't worry since adik dia pernah dibius oleh seorang pakar yang akan bius saya iaitu Dr. Wan Afaf Zainal Abidin. Dia cakap adik dia tak sakit sangat pun sikit sahaja.

So lepas sign document before masuk operation theater mula berdebar. Dr. Wan Afaf bagi 2 option sama ada bius tulang belakang or pakai gas dekat hidung tapi effect bius tulang belakang lagi lama. Saya pilih bius tulang belakang alhamdulillah kurang rasa sakit, memang terbaik Dr. Wan Afaf memang betul-betul pakar bius or Anesthesiology.

Dalam pukul 4 lebih selesai pembedahan. Balik ke bilik dan melawan kesakitan sepanjang malam. Nurse offer cucuk punggung tapi saya tolak. Segan maybe.


Dr. Khaizatul Ezam Bin Abu Bakar
Dr. Wan Afaf Zainal Abidin
Ok bersambung next post..

Monday, June 24, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 2

Ok sambungan dari Part 1 yang lepas, sebenarnya hospital government ok cuma ramai sangat patient menyebabkan diorang tak terlayang orang yang sakit, itu sebab la saya pilih untuk ke hospital swasta.

Saya ingat lagi kejadian 31 dec 2008 accident motor juga, saya pengsan apabila jatuh dari motorsikal. Kejadian berlaku ketika kereta kancil yang cuba mengelak lubang lalu menghimpit saya dan terlanggar sedikit. Orang yang langgar hantar ke klinik kesihatan meru. Di sana saya dirawat sementara, orang yang berada di klinik tu tak sure nurse ke or orang yg visit klinik tu sibuk-sibuk je cakap " oh ni mat rempit la ni " da la sakit. Ya Allah.. sabar je lah. Lepas tu masuk ambulance ingat terus jalan rupa-rupanya tunggu penuh. Adalah dekat 5-8orang dalam ambulance. Dengar darah saya menitik-nitik di dalam ambulance. Accident pukul 7 sampai hospital dekat pukul 10, punya la lama.. sabar je la. Doktor cuma x-ray and nurse yang jahit dagu saya. Call Mr. R tanya dia boleh tukar hospital tak..

Dia cakap boleh. Discuss dengan  doktor disitu diorang bagi so semua benda di cabut and my dad bawa pergi report polis and pergi ke SMC or sekarang nama dia KPJ Selangor Specialist Hospital. Layanan? memang 1st class. Doktor yang pernah merawat saya sebelum ni sekali lagi merawat saya, Dr Lim Yaw Zhong. Setelah memberitahu dia yang saya pengsan sewaktu kemalangan dia pun terus CT scan di kepala saya. Alhamdulillah tiada sebarang pendarahan dalaman, risau juga sebab kepala terhantuk dekat jalan dan helmet pun pecah.

Berbalik ke Part 1, between after accident tu my dad dah call ambulance tapi mama hantar kami so cancel lah ambulance. Jalan agak jam nak sampai Shah Alam agak lambat dlm 8 lebih. Dinasihatkan kalau berlaku kecemasan contact or bawa lah orang yang confident biasanya lelaki. If not sesat lah nak angkat masuk kereta pun tak berani nak drive pun takut-takut. Sorry ya mama hahaha perli-perli. Anyway thanks tolong hantar.

Sampai di DEMC agak slow dari segi emergency treatment compare SMC or KPJ Selangor Specialist Hospital maybe dari segi nak admission tu process dia makan masa. Memang diorang akan check dulu medical card and dapatkan guarantee letter baru boleh masuk ward. Saya free pakai insurance company my wife kena bayar deposit RM300 boleh claim balik kemudian. Dia punya card only cover 90% bills sahaja. 

Bersambung di Part 3..

Kriss legend saya TX----

Proton Wira yang melanggar kami.




Monday, June 17, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 1

Baru balik ambil and hantar isteri dari tempat kerja and class. Very-very tired but sayang isteri punya pasal sangguh also since isteri pun sudah mengandung 4bulan hahaha.. Still teringat kejadian accident yang terjadi kepada kami last mac maybe sudah suratan takdir..

Bermula awal 6.50pagi dari rumah kami bertolak menaiki motosikal kerana kereta wife bateri kong.. Baru lebih kurang 1km dari rumah kereta wira dari arah bertentangan main masuk je dan terlanggar kami.. Tercampak kami berdua..


b4 operation
on the way to the operation theater
Kereta yang melanggar kami remuk bahagian depan and motor saya juga sakit teruk hahaha..saya menjerit meminta pertolongan dari akak-akak di situ untuk memberi bantuan kepada isteri saya..sayang isteri baru kawen 4bulan..orang ramai cuba meminta saya bergerak ke arah tepi jalan since saya block jalan.. tapi tengok kaki kanan saya tidak lagi mampu bergerak..sah patah..

Call agent insurance saya En. R. memaklumkan saya mahu admit di DEMC Shah Alam.. call mama nasib la ada bawa hp nokia...kalo tidak tak tahu la..kadang-kadang hp murah-murah ni yang bagus.. saat kecemasan bateri smart phone abis boleh pakai nokia..

Tunggu punya tunggu mama sesat akhirnya ketemu kami. Orang ramai mahu hantar ke pusat kesihatan Meru tapi since saya ada bad history dekat sana and hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang so sanggup bersabar untuk ke DEMC. Isteri tak kisah hospital mana-mana. Kebetulan selepas kami berkahwin saya terus sahaja dapatkan medical card Pru BSN dari Mr. R.

Alhamdulillah saat macam ini memang medical card berguna. Dia staff government memang masuk hospital government lah kalau tidak..

Bersambung di part seterusnya...

Sunday, June 16, 2013

1st entry!

Actually pernah ada blog tapi dah lama stop posting and ada yang dah close. Between ni blog my wife so dia insist to con't blogging dekat blog dia pula.. hehe. Lagi pun cuti panjang sampai lepas raya. Final exam pun sudah habis and tunggu result je. Gambar honeymoon 4hari 3malam di Sabah, the story maybe in next² entry. Hehe..

Mt. Kinabalu
Desa cattle farm Kundasang
Poring Treetop Canopy Walkway