Followers

Monday, June 24, 2013

Accident on 4th Mac 2013 Part 2

Ok sambungan dari Part 1 yang lepas, sebenarnya hospital government ok cuma ramai sangat patient menyebabkan diorang tak terlayang orang yang sakit, itu sebab la saya pilih untuk ke hospital swasta.

Saya ingat lagi kejadian 31 dec 2008 accident motor juga, saya pengsan apabila jatuh dari motorsikal. Kejadian berlaku ketika kereta kancil yang cuba mengelak lubang lalu menghimpit saya dan terlanggar sedikit. Orang yang langgar hantar ke klinik kesihatan meru. Di sana saya dirawat sementara, orang yang berada di klinik tu tak sure nurse ke or orang yg visit klinik tu sibuk-sibuk je cakap " oh ni mat rempit la ni " da la sakit. Ya Allah.. sabar je lah. Lepas tu masuk ambulance ingat terus jalan rupa-rupanya tunggu penuh. Adalah dekat 5-8orang dalam ambulance. Dengar darah saya menitik-nitik di dalam ambulance. Accident pukul 7 sampai hospital dekat pukul 10, punya la lama.. sabar je la. Doktor cuma x-ray and nurse yang jahit dagu saya. Call Mr. R tanya dia boleh tukar hospital tak..

Dia cakap boleh. Discuss dengan  doktor disitu diorang bagi so semua benda di cabut and my dad bawa pergi report polis and pergi ke SMC or sekarang nama dia KPJ Selangor Specialist Hospital. Layanan? memang 1st class. Doktor yang pernah merawat saya sebelum ni sekali lagi merawat saya, Dr Lim Yaw Zhong. Setelah memberitahu dia yang saya pengsan sewaktu kemalangan dia pun terus CT scan di kepala saya. Alhamdulillah tiada sebarang pendarahan dalaman, risau juga sebab kepala terhantuk dekat jalan dan helmet pun pecah.

Berbalik ke Part 1, between after accident tu my dad dah call ambulance tapi mama hantar kami so cancel lah ambulance. Jalan agak jam nak sampai Shah Alam agak lambat dlm 8 lebih. Dinasihatkan kalau berlaku kecemasan contact or bawa lah orang yang confident biasanya lelaki. If not sesat lah nak angkat masuk kereta pun tak berani nak drive pun takut-takut. Sorry ya mama hahaha perli-perli. Anyway thanks tolong hantar.

Sampai di DEMC agak slow dari segi emergency treatment compare SMC or KPJ Selangor Specialist Hospital maybe dari segi nak admission tu process dia makan masa. Memang diorang akan check dulu medical card and dapatkan guarantee letter baru boleh masuk ward. Saya free pakai insurance company my wife kena bayar deposit RM300 boleh claim balik kemudian. Dia punya card only cover 90% bills sahaja. 

Bersambung di Part 3..

Kriss legend saya TX----

Proton Wira yang melanggar kami.




No comments:

Post a Comment